Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita.Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi.“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1. Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.2. Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.3. Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.
Monday, 10 December 2012
Saturday, 1 December 2012
cite hntu skit...
Kisah Seram Pekerja Di Genting Highlands
Seperti sebelum ini, kita banyak membaca tentang kisah-kisah seram yang berlaku di pusat-pusat penginapanseperti di Genting Highlands contohnya. Ia sendiri diakui apabila terdapat segelintir pengunjung merasai sendiri pengalaman seram itu. Namun kali ini, kisah seram yang ingin dibawakan adalah tentang pengalaman seram seorang pekerja hotel. Beliau menceritakan tentang kejadian diganggu oleh seorang wanita misteri yang menangis teresak-esak dari sebuah bilik hotel. Ikuti kisah di bawah ini.
Kejadian ini berlaku sewaktu hadi bekerja pada shiff malam.
Hadi yg di tugaskan menghantar barang- barang keperluan untuk tetamu yg
menginap di bilik hotel tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada malam itu..
Kebetulan pula supervisor yg sama shiff dgn hadi ketika itu telah mengambil
cuti sakit.. Terpaksalah dia yg menjalankan segala urusan pada malam tersebut.
Bunyi deringan telefon yg tidak putus di bilik department
housekeeping itu memecah kesunyian malam.. Hadi dengan penuh sabar menjawab
semua panggilan tersebut, Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada
malam itu, Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa
tanggungjawab sebagai pekerja yg berdidikasi.. Mungkin sebab kerana itulah
jugalah dia sering mendapat kepujian dan anugerah pekerja terbaik selama
3 tahun berturut-turut.
Jam yg di pakai oleh Hadi sudah menunjukkan ke angka 10.30
malam. Bermakna Hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia
yg sedang berdiri di balkoni luar offis tingkat 4 itu khayal melihat
permandangan ke arah theme park yg menempatkan kolam mandi serta bermacam
permainan khas buatpelanggan-pelanggan
yg menginap di hotel tersebut.. terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas
kawasan theme park yg beroperasi sedari pagi tadi..
Suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah
mula masuk ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri.. Hadi yg masih
berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi talifon berdering kuat dari
dalam office, Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. ganggang talifon di
lekapkan pada telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan
sedang menangis, hadi berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu itu
menangis.. di skrin talifon pula terpapar nombor bilik pemanggil.. setelah
pertanyaan demi pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya di jawab dengan
esak tangis berterusan. Hadi, Tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke
bilik tetamu yg agak jauh dari office nya itu.. fikir Hadi, mungkin tetamu itu
berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya..
Entah kenapa Jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba
di hadapan pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yg terlalu risau terus
menekan loceng bilik tersebut berkali-kali.. tapi malangnya tiada jawapan yg di
berikan, dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yangg berlaku di dalam
bilik tersebut sehingga membuatkan tetamu itu menangis.. setelah puas dia
memanggil dan langsung tiada jawapan yg di terima, dengan segera hadi
menyeluk koceknya mengambil master key yg sememangnya di bawa kemana saja dalam
waktu kerja pada malam itu, Hadi nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun
tindakannya itu salah kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi
semua itu tidak penting baginya, niatnya hanya ingin membantu..
Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap
gelita, seakan tiada tetamu yg menyewa bilik itu, Hadi memetik suis lampu,
perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik
itu, sah!! memang tiada siapa.. bilik tersebut masih dalam keadaan kemas.. Hadi
seperti tidak percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi??
bulu roma hadi sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yg
berlaku sebenarnya, cerita-cerita seram yg di sampaikan oleh
rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran Hadi..barulah dia teringat, bilik
yg dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya..
mereka sering terdengar suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan
ramai tetamu yg menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di
baling dengan kuat..
Tiba-tiba Hadi tersentak!! dia terkejut apabila merasakan
seolah-olah telinganya di hembus dengan nafas yg kuat.. serta merta badannya
mengigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hadi terus
berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya
pintu tersebut tidak boleh di buka, serentak itu jelas kedengaran di
telinga hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi terus menoleh ke
belakang…
Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh di balut
kain kafan yg lusuh di tambah dengan wajah yg cukup menyeramkan sedang berdiri
beberapa meter sahaja di hadapannya.. dan kini lembaga itu semakin menghampiri
hadi, tubuh hadi menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada
lantai. kini wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir
menusuk hidung hadi, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu, amat
mengerikan di tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu
menerkamnya, dia yg sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk
histeria, dan Hadi terus rebah di tepi pintu bilik tersebut..
Tepat pukul 12 malam, pak kasim yg bertugas sebagai pakcik guard
memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 pak kasim terpandang
pada satu pintu bilik yg terbuka luas, dan bilik tersebut terang menderang
dengan limpahan cahaya lampu. pak kasim yg berasa pelik dan curiga terus menuju
ke bilik tersebut, terkejut pak kasim bila mendapati Hadi terbaring di sisi
pintu bilik yg terbuka luas itu.. sekali lagi pak karim terkejut bila
mendapati, terdapat tanah bertaburan di atas lantai bilik tersebut… dan bau yg
meloyakan tekaknya..
Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian
yg menimpa Hadi.. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap
insiden yg menimpa hadi pada malam itu, Bilik 3318 itu pula tiba-tiba di
tutup serta merta supaya tidak di sewakan kepada tetamu buat sementara waktu,
berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan
tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi
pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini..
Selepas kejadian itu Hadi demam selama seminggu, pengalaman itu
menjadi kenangan pahit yg tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya.. akan tetapi
hadi tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di naikkan
pangkat menjadi supervisor department housekeeping. Setiap kali dia
melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di
tutup. Misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini
dan mungkin sehingga ia di buka semula untuk tetamu baru, adakah tetamu itu
anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)
